12 Disember 2012

# Ceritaku ^.^

Assalammualaikum...


Hai kalian-2 semua.. :) lama Yana tak muncul kan ? Hee. Rindu yana tak ? apa ?!! rindu ?!! Yeahh ! sayang korang ! Hehe. disebabkan yana rindu nak cerita-2 kan korang , Jom baca cerita yana yang tak penting bagi korang and yang membosankan ini ^_^ hope sudi lah ea.. hehe.

Pertama sekali , yana nak cerita tentang KELUARGA yana yang paling yana cintai :) Nak baca tak ? hehe. jom-2 ^^,

Sekarang ni , yana dah pindah rumah sekali lagi. hehe. orang nomad lo. macam tak tahu lak kan. Kami bahagia disini :) di rumah lama kami yang selama ini dinanti nanti bila lah kami nak tinggal lagi disini. Alhamdulillah. kami berjaya juga tinggal dirumah indah ini. Nak tahu tempatnya ? hehe. rahsia laa.. ;) nanti bagitahu , ramai pulak yang melawat . Hehe. Sekarang , mama and papa masih bekerja seperti biasa. Kak long pula , berada di Uitm Lendu , Alor Gajah . sedang menempuh lagi satu Sem. iaitu SEM 6. tahniah kepada along yang sabar dengan bermacam ujian Allah s.w.t :) Yana pula duduk dirumah , menjaga adik adik yang sihat-2 , gemok-2 , and kacak-2 itu ;) Alhamdulillah , dengan kesederhanaan kehidupan kami , kami bersyukur dengan apa yang kami ada. :) Terima kasih Ya Allah .. :)

Yang kedua , semestinya tentang SAHABAT yana yang paling yana sayangi :) dengan panggilan Fafa ;)

Waktu ini , seorang sahabat fa , sedang bekerja .. nak tahu ke siapa dia ? huhu. semestinya lah NUZULUL FATEHA . Dia kerja di tempat along fa kerja dulu. JJ baru. :) Alhamdulillah dia gembira. namun , dalam kegembiraan bekerja itu , Allah memberi cubaan yang tak disangka sangka. Faa harap , Haa tabah dan selalu sabar dengan dugaan yang diberi. Semoga Ha ambil pelajaran dari semua ujian Allah ni k ? Faa tahu Haa kuat orang nya :) Faa rindu Haa.. >.<

Dan selanjutnya , NOOR IMAN. huhu. dengar cerita dia bekerja dengan ayah nya. tapi tak pasti sama ada dia bekerja lagi atau tidak. Faa jarang contact dia. Harap jugak dia bahagia bersama keluarga dan semua rakan rakan nya. Iman , Faa nak iman tahu yang fa tak ada niat pun nak lukakan hati iman atau apa pasal hang tu. Fa sendiri tak sure sama ada fa boleh kuar rumah atau tidak. maafkan fa kalau kalau fa ada lukakan hati iman. maaf ea ? :') btw , Faa rindu sangat kat Iman :) Hope , tahun depan kita still berempat lagi :)

Akhir sekali tentang siapa lagi kan. RUSYDI NUR IKRAM lah. huhu. Okey , sekarang dia duduk dirumah menjaga adik nya yang sangat comel :) dengar cerita hari ini dia ada kuliah lesen. wahh.. dapat lesen lah dia lepas ni. Haa da dapat , tunggu iman and didi je. hehe. Fa ?? okey , tak perlu tanya bila fa akan dapat lesen. semestinya bukan tahun depan. huhu. along fa yang da tua tu pun tak ada lesen lagi. hehehe. maklumlah , busy dengan U dia. :) ehh ! tukar cerita pulak ! huhu. okey , for didi , Faa miss kat didi juge. ^.^ semoga persahabatan kita kekal ye.. hee

Faa sayang kan korang taw.. fa harap persahabatan kita yang terjalin selama ini , kekal dengan izin Allah s.w.t :) Fa sentiasa mendoakan agar kita berempat sentiasa bersatu sehingga lah kita tua :) semoga kalian bahagia disamping keluarga dan paling penting tak lupakan Faa :) ILOVEYOU F.O.U.R

Okey , now .. nak cerita tentang apa lagi ea ? huhu. tak tersusun da ni. OHH YAA ! korang nak dengar tentang someone special ka ? huhu. Ada ke yana ni ? hee. Just friend special kot ? hehe. adalah.. mau tahu aja dehh ^^,

Okey , si dia sesangat la caring. huhu. tarikh hari ni mungkin tarikh yang bermakna dalam hidup yana. tanpa yana sedari lahh.. huhu. tanpa disedari , akhirnya ada juga orang yang boleh layan kegilaan yana ni. Lama kami berkawan. sekarang jadi TTM . hehe. TTM tu apa ea ? huhu. just TEMAN TAPI MESRA :) Dia pandai buat yana ketawa. hargai yana , teman yana , banyak bagi sokongan kat yana. walaupun dia berjaya buat yana seperti yana dijaga oleh "EX-2" yana , namun , hati yana belum terbuka lagi untuk mempercayai mana mana lelaki yang mengeluarkan "kata kata manis" bagaikan semanis kurma :') Susah nak cari lelaki yang betul-2 sesuai dengan kita. tapi jangan risau , Jodoh itu kuasa Allah. sejauh mana pun kita lari dari lelaki , akan ada juga lelaki yang terbaik yang Allah kirimkan untuk kita :) In shaa Allah ..
ttm yana sekarang ni , always caring bout yana , jaga yana , hargai yana , dia buat yana terharu :') banyak perkara yang yana tak mampu katakan. Bagi yana dia anugerah Tuhan yang kedua untuk yana. Banyak membantu yana untuk teruskan hidup. Hee. dengan izin Allah , yana berharap , yang suatu hari nanti yana akan mendapatkan seseorang seperti dia. dan berharap yang dia tidak bosan dengan yana :) sweet orang nya. susah untuk dilepaskan. cehh ! hee. ttm je. ;) untuk awak , Thanks sebab selama cuti sekolah yang bosan ni , awak teman kan saya :) saya berharap yang awak akan always with me ^_^ walaupun hanya TTM :) Terima kasih sepedd ^.^

Okey tak lupa jugak MAZNI AZREINA dan NABILAH NORDIN .. Faa rindu Ma and Bell . serta Wani and Sue :) gila-2 di dalam kelas. huhu. Berharap kelas 5PP akan always bersatu dalam kelas tanpa ada puak-2 masing masing :) rindu korang 4PP :')

Haha. itu la dia cerita yang boleh yana sampaikan. yang lain biar yana simpan sendiri okey :) private is private. hee. btw , hope juga korang enjoy with family and sahabat-2 korang. enjoy la sepuas korang sebelom tibanya SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH . huhu . enjoy , enjoy jugak , jangan lupa Allah yang Satu . ingat-2lah ea. Dunia ni Allah punya . :) kita hanya menumpang dan diciptakan sebagai manusia :) semoga senyum selalu :) dan bersyukur atas nikmat yang diberi :) In shaa Allah . :)

Okey lah.. setakat itu je yang mampu yana ceritakan. akan datang lagi mungkin tahun depan punya cerita . Huhu. maaf jika panjang berjela. Hope sudi baca :) Yana sayang korang semua ^_^ 

p/s : berdoalah agar Allah sentiasa melindungi kita walau dimana sahaja kita berada. Dengan doa , hadirlah keajaiban yang tidak dijangka jangka :) Selamat barjaya didunia dan diakhirat :)